Sunday 27 May 2018

SURABAYA - JOGJAKARTA 2018 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t


Untuk first post ni nak cerita berkenaan trip terbaru hari tu dengan member pada 26 April 2018 sehingga 3 Mei 2018 ke Surabaya dan Jogjakarta.  Untuk trip kali ni memang plan nak backpacked, jadi persediaan tu just survey tempat-tempat yang nak pegi je dan untuk accommodation once sampai tempat baru cari (acah-acah backpacker) 👅

Trip ni sebenarnya tak plan pun, even tempat pun last minutes decided based on harga murah sebab tetiba member buat group travel masa Air Asia Free Seat awal tahun 2017!  Jadi makan setahun jugaklah dengan 3 orang je, lepas beli flight ticket group travel pun senyap je sampailah bulan March 2018 and sorang member tarik diri sebab tak dapat cuti nasib baik dia pun tak beli flight ticket lagi cuma aku dengan sorang lagi member aku je dah beli time free seat dulu.  So aku dengan member lagi soranglah beria pegi dok search group sana sini cari tempat apa menarik dekat Surabaya and Jogjakarta *by the way last year aku solo travel ke Jogjakarta 😁 jadi this time banyak buat search pasal Surabaya je and plan trip kali ni memang nak naik public transport je sepanjang dekat sana.

So long story short, few weeks before nak fly lagi dua orang member aku join sebab aku sibuk dok canang kat dorang 😂 saving sikit budget! and plan untuk ground within dua tempat tu RM1000.00 untuk 8 hari kat sana and member aku cadangkan dekat Jogjakarta guna supir since dekat Surabaya memang backpacked kaw-kaw plus hiking sepanjang di Surabaya.  Tapi pakai supir just untuk transportation je macam entrance fees apa semua kat Jogjakarta once masuk baru bayar sebab nak jimat. Okay enough with introduction, lets go!!

**********************************************
SURABAYA 
26 April 2018 - 29 April 2019
**********************************************

Day 1
(26 April 2018)

Touch down je Surabaya Juanda International Airport (SUB) jam 10:45 local time (Surabaya lewat 1 Jam dari Malaysia time) terus keluar cari bus nak ke bus station Purabaya tapi dapat offer murah naik kereta sewa lagi murah dari ticket bus jadi semua decide ambik je kereta sewa untuk ke bus station Purabaya.  Sampai je dekat bus station Purabaya kena tunggu around 20 minit untuk bus ke bus station Probolinggo, naik je bus dari Purabaya ke Probolinggo ambik masa dalam 3 jam lebih weh kematu bontot dalam bus dengan driver bus yang bawa nauzubillah laju bahawa semua ada weh memang kental driver dia.  Sampai je bus station Probolinggo terus cari mini van aka bison untuk ke Cemara Lawang iaitu destinasi kita orang sepanjang di Bromo 😄 Untuk naik bison ni kena tunggu penuh dulu baru gerak, kebetulan masa kita orang sampai ada group dari Singapore, sorang dari Europe nak pegi Cemara Lawang jugak masa kat bus station then ada lagi satu couple dari Europe dah tunggu lebih 2 jam pun join sekali itupun kena bayar extra sikit sebab tak cukup korum dalam bison tu.

Perjalanan dari bus station Probolinggo ke Cemara Lawang ambil masa lebih sejam depends pada driver.  Sepanjang perjalanan cari Probolinggo ke Cemara Lawang akan melalui kawasan kampung-kampung di sana then bila dah start naik lebih tinggi suhu pun berubah plus pemandangan pun berubah weh, subhanallah cantiknya pemandangan tanah tinggi Cemara Lawang.  Sampai je di Cemara Lawang kami terus cari guess house yang dah survey sebelum ni, settle checked in terus keluar nak tengok sunset, nasib baik guess house kami dekat dengan view point sebab ikutkan plan asal nak redah turun ke Bromo once sampai tapi nasib tak menyebelahi kami sebab sampai dah gelap dapatlah layan sunset sikit then perut memasing dah kebulur cari makan malam (baru start makan sepanjang hari last makan breakfast kat KLIA2 and dalam flight) lepas makan jalan-jalan area Cemara Lawang plus brainstorm plan untuk redah Bromo esok.  Kebetulan owner guess house ada offer trip Bromo and semua decided ambik je lah sebab memasing barai then malam tu rest sebab pukul 2 pagi next morning dah kena bangun start trip Bromo.

Pemandangan dari Gunung Panajakan : Gunung Batok (depan) Gunung Bromo (nampak asap je) dan Gunung  Semeru (Belakang)
  • Surabaya Juanda International Airport (SUB) - Purabaya Bus Station - Probolinggo Bus Station - Cemara Lawang (Bromo)

Day 2
(27 April 2018)

Tepat je jam 1:30 pagi owner guess house kejut, sebab siap pesan kat owner tolong kejutkan sebab takut terlajak barai weh mengendong backpacked satu hari 😅 Bangun mandi yaAllah dia punya sejuk memang sejuk gila weh air shower yang panas tu pun sejuk rasanya suhu time tu around 10 celcius, bagi aku memang sejuk sebab aku jenis tak tahan sejuk, lepas settle bersiap semua barulah pengembaraan bermula dengan naik jeep.  First pit stop adalah dekat viewpoint di Gunung Panajakan untuk tengok sunrise Bromo.  Sepanjang perjalanan ke Gunung Panajakan memang banyak gila jeep weh konvoi dekat padang pasir untuk ke Gunung Panajakan and dekat area Gunung Panajakan ada few viewpoints and driver kitaorang pegi viewpoint paling tinggi and sampai dekat atas tu punyalah ramai manusia weh ingatkan takdalah ramai sangat dahlah sejuk berangin pulak tu menggigil weh duduk atas puncak sesambil nak tunggu sunrise bolehlah layan tengok bintang boleh nampak The Milky Way weh agaknyalah memang cantik gila kalau kat Kuala Lumpur sekor bintang pun susah nak nampak kat kampung je nampak ni nampak The Milky Way!!! 

Pemandangan dari atas Bromo
Lepas subuh semua pegi ambik position masing-masing since matahari nak keluar 😊 and slowly matahari keluar subhanallah cantiknya ciptaan tuhan, masing-masing sibuk dok tangkap gambar moment weh cantik serious cantik dengan ada awan carpet time tu sejuk dah tak pikir dah.  Selesai layan sunrise dekat Gunung Panajakan, kami terus turun ke bawah untuk ke Bromo crater, sepanjang turun ke bawah tu ada berhenti singgah tangkap gambar since masa naik tak nampak apa kan, sampai je area Gunung Bromo turun jeep singgah kejap dekat stall beli maggi cup buat breakfast sambil jalan menapak naik Gunung Bromo, nak naik Gunung Bromo ni ada dua option sama ada jalan kaki or naik kuda, kami semua jalan kaki even ada je yang nak naik kuda tapi sebabkan nak saving and kesian weh kat kuda tu so semua jalan kaki sambil makan maggi, sepanjang perjalanan nak naik tu jalan berdebu sebab area Gunung Bromo tu pasir gunung berapi jadi prepared topeng muka siap-siap, and sepanjang perjalanan tu jugak rasa macam kat alam lain black and white je sebab pasir warna hitam then keliling kabus still tak bergerak misteri gila rasa.  Sampai puncak Bromo subhanallah nampak sudah kawah gunung berapi untuk pertama kali dalam hidup!

Permandangan dari atas Bromo
Selesai session atas Gunung Bromo, kami terus ke Bukit Teletubbies aka savannah sepanjang perjalanan memang rasa macam dekat The Lost World macam tak percaya semua ni dekat Indonesia memang cantik gila, sampai dekat Bukit Teletubbies apa lagi semua beria tangkap gambar yang paling excited akulah 😜.  Settled session dekat Bukit Teletubbies kami terus ke area Pasir Berbisik iaitu memang dataran landai macam gurun pasir tapi pasir warna hitam dekat situ pun kami just tangkap gambar sambil dilayan driver jeep tolong tangkapkan gambar kat jeep.  Tepat jam 11 pagi kami sampai semula di guess house kami then terus packing untuk check out turun ke Probolinggo untuk ke Madakaripura Waterfall.  
Singgah di viewpoint semasa turun dari viewpoint puncak Gunung Panajakan
Mood of transport kami turun dari Cemara Lawang ke Madakaripura kami sewa kereta since takda public transport direct dari Cemara Lawang ke Madakaripura Waterfall.  Perjalanan cari Cemara Lawang ke Madakaripura Waterfall mengambil masa dalam sejam lebih juga tapi masing-masing tak sedar pun sebab semua member aku tidur sepanjang perjalanan masing-masing kepenatan dari 2 pagi sampai 11 pagi layan trip Bromo 😌
Madakaripura Waterfall
Hampir sampai je dekat Madakaripura Waterfall driver kereta sewa terus minta duit untuk entrance katanya bayar through dia boleh dapat discount *scam detected and dia insist aku dengan member aku semua bayar and semua dah rasa pelik pehal tetiba mintak duit beriya ni, plus sebaik dah buat research dulu pasal entrance fee semua harga dia caj memang tak masuk akan, even dah park kereta pun dia still tahan aku dengan member aku try nego then kitaorang decide nak bayar sendiri dekat orang kampung Madakaripura Waterfall tu and ramai gila orang kampung datang and kitaorang hampir bergaduh dengan orang kampung rupanya ada orang kampung bersekongkol dengan driver kereta sewa kami nak markup harga! Memang tense gila time tu, mujur sorang member aku dia terus pegi dekat stall-stall tepi jalan tu tanya berapa harga sebenar, time tu aku dengan 2 orang member aku dah decide nak cancel then terus ke Station Keretapi Probolinggo nak ke Gunung Ijen dah, bagus gila dapat member macam ni, then jumpa group lain orang kampung situ then baru dapat actual price nak masuk Madakaripura Waterfall tu.  Perjalanan dari parking kereta ke entrance Madakaripura tu kena naik speda (motor) sebab jauh gila, sampai entrance masuk waterfall kena jalan kaki almost 30 minuets weh jauh jugaklah tapi semua tu worth it weh memang view dia pehhh sekali lagi macam tak percaya view macam ni ada dekat Indonesia, selalu view-view macam ni dekat oversea je weh.  Spend time dekat waterfall almost half and hour then gerak balik sebab nak kejar train ke Ijen.

Madakaripura Waterfall
Macam biasa naik je kereta sewa drive try to convince us yang dia just nak tolong bla bla bla semua tu bullshit and semua ignore je dia cakap sampai dia diam sendiri, masing-masing malas nak triggered sebab risau jugaklah kang apa-apa jadi sebab bag semua ada dalam kereta plus dekat tempat orangkan macam-macam boleh jadi, so sepanjang perjalanan nak ke Station Keretapi Probolinggo semua buat hal masing-masing borak and ignore je driver walau dalam hati masing-masing tengah panas 😡 Perjalanan dari Madakaripura Waterfall ke Station Keretapi Probolinggo ambil masa dalam sejam lebih juga, then sampai station keretapi dah lewat petang and train direct dari Probolinggo ke Banyuwangi (Ijen) dah lepas 😭 so masing-masing cuak then siap pegi ke Travel Bureau Indonesia tanya any other option nak ke Ijen, then dorang proposed naik bus, satu hal pegi Bus Station Probolinggo jauh jugaklah, aduhhh.. suddenly tak ingat macam mana boleh dapat idea naik train lompat-lompat then cek ticket still available so dari Station Keretapi Probolinggo ke Station Keretapi Jembir ke Station Keretapi Karangasem tak jadi ke Station Keretapi Banyuwangi, local advise dari Karangasem lagi dekat nak ke Ijen compared to Banyuwangi.

Perjalanan naik keretapi ambil masa dalam 6 jam dari Station Keretapi Probolinggo ke Station Keretapi Jembir ke Station Keretapi Karangasem.  Sila ambil perhatian keratapi dekat Indonesia sangat on time ya lambat tinggal, kami hampir ditinggalkan sebab baru nak makan untuk hari tu bayangkan dari Bromo pukul 2 pagi ke Madakaripura Waterfall ke Station Keretapi Probolinggo tak makan melainkan makan biscuit dengan keropok je weh memang kebulur weh, nasib baik officer keretapi tu panggil aku dengan member aku semua cakap train dah nak gerak, padahal baru je beberapa suap nasi weh, sedih gila menggelupur semua angkut backpacked berlari masuk station nak naik keretapi.  Boarding je masing-masing beria gelak gila bila pikir balik pasal case tadi, then sorang sorang lelap, ambik masa 3 jam dari Station Keretapi Probolinggo ke Station Keretapi Jembir then sampai Station Keretapi Jembir ada masa dalam 30 minit sebelum keretapi berlepas ke Station Karangasem, keluar dari station keretapi Jember nak usha kawasan then decide lepak area station je memasing pegi beli air sambung makan biscuit balik.

Tepat je jam 9 malam, keretapi bertolak dari Station Keretapi Jembir ke Station Keretapi Karangasem, perjalanan lagi 3 jam kena hadap dalam train kali ni seat asing asing so memasing sibuk main handphone aku tidurlah, jaga tidur jaga tidur still tak sampai lagi lama weh 3 jam tu.  Then berboraklah dengan local kat sebelah aku tanya dia nak ke mana semua, rupanya dia pun nak ke Karangasem juga nak balik kampung dia naik train dari Station Keretapi Malam ke Station Keretapi Karangasem pun berbelas jam juga naik train pehhhh gila.  Since estimated time sampai jam 11 malam lebih plus kitaorang takda booked apa-apa terus tanya Mas Irfan yang duduk sebelah aku dia ada recommendation tak untuk kitaorang panjat Gunung Ijen tu, then tanya sana kedai ke apa still bukak ke dah lewat macam ni, minta tolong carikan tempat menginap semua, Mas Irfan ni memang baik gila tolong carikan semua tanya kenalan semua then minta tolong tengokkan train schedule nak ke Jogjakarta sebab plan lepas turun dari tengok Blue Fire dekat Ijen nak terus ke Jogjakarta.  Sampai je Station Keretapi Karangasem sebaik ada tinggal satu travel agency ni still bukak and Mas Ifran ni tolong nego untuk ke Gunung Ijen and dapat tempat untuk rehat.

to be continued..


  • YOG Guess House - Gunung Panajakan - Gunung Bromo - Bukit Teletubbies - Pasir Berbisik - Madakaripura Waterfall - Station Keretapi Probolinggo - Station Keretapi Jembir - Ijen Traveller Place

SURABAYA - JOGJAKARTA 2018 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t Untuk first post ni nak cerita berkenaan trip terbaru hari tu dengan member pada 26 April 2018 sehingga 3 Mei 2...